RASUAH: INTEGRITI PENJAWAT AWAM TERCABAR?

Baru-baru ini negara digegarkan dengan isu rasuah yang menular dalam industri bola sepak tempatan.  Ianya membangkitkan kembali memori pahit dan sejarah hitam industri tersebut pada era 90-an apabila suram dan hampir tidak bernyawa.  Tamparan hebat tersebut seharusnya menjadi ingatan dan pengajaran kepada semua pihak khususnya penjawat awam.

 Mengapa penulis mengatakan hal rasuah ini kepada penjawat awam? Sesungguhnya penulis merasakan adanya kepentingan untuk membangkitkan isu ini agar ianya menjadi pedoman.  Menurut kajian yang dilakukan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam perkhidmatan awam (Cuepecs) pada tahun 2010 seramai 418,200 atau 41% daripada 1.2 juta penjawat awam di negara kita ini terlibat dalam gejala rasuah! Lihatlah angka tersebut, ianya menunjukkan segelintir penjawat awam di negara kita tidak mempunyai integriti kepada diri, agama, dan negara.  Jadi, dimanakah letaknya akal golongan-golongan ini?

 Dalam pada itu, penulis ingin menerangkan dengan lebih lanjut mengenai definisi rasuah agar ianya dapat dihayati dan difahami bersama.  Rasuah adalah perkataan daripada bahasa Arab iaitu Al-Riswah.  Secara umumnya, rasuah difahami sebagai suatu transaksi yang melibatkan duit antara dua atau lebih pihak secara haram dan tidak sah.  Maka, jika penjawat awam terbabit dalam virus rasuah, kedudukan kerajaan akan goyah.  Hal ini kerana masyarakat yang akan menjadi mangsa.  Justeru, masyarakat tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap kerajaan yang memerintah.

 Sementara itu, penulis ingin mengajak pembaca melihat statitistik rasuah hasil kajian Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)  yang mengalami penigkatan dari tahun 1994 hingga tahun 1999.  pada tahun 1994 sebanyak 8117 kes, 1995 meningkat sebanyak 328 kes kepada 8505 kes, pada tahun 1996 meningkat kepada 8940 kes, pada tahun 1997 mencatat peningkatan kadar rasuah paling tinggi iaitu sebanyak 10,087 kes.  Pada tahun 1998 dan 1999 pula mencatatkan penurunan iaitu 9433 kes dan 7829 kes yang direkodkan.  Hal ini belum lagi dengan kes-kes yang belum direkodkan, cuba pembaca membayangkan sekiranya rakyat negara kita dicop sebagai rakyat negara Islam yang paling banyak mengambil rasuah di dunia?  Mengikut carta yang dikeluarkan oleh Transperency International-The Corruption Perception Index menunjukkan kedudukan Malaysia dalam indeks rasuah diperingkat global masih dalam keadaan stabil tetapi masih jauh ketinggalam daripada negara Singapura dan negara-negara dari Eropah.   Namun pembaca belum lagi boleh menarik nafas lega, adakah kita hanya ingin bergantung kepada statistik ini?  Yakinkah kita dengan kedudukan tersebut?

 Apakah punca berlakunya rasuah dalam kalangan penjawat awam?  Menurut Dato’ Sri Muhammad Safian, Setiausaha Kerajaan Pahang.  kelewatan serta ketidakcekapan sesuatu permohonan di Pihak Berkuasa Tempatan memberi ruang kepada seseorang untuk melakukan jenayah rasuah.  Manakala SPRM pula menafikan faktor gaji yang rendah dalam kalangan penjawat awam sebagai faktor berlakunya rasuah.  Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan perangkaan tangkapan ke atas penjawat awam bagi tahun 2007, 2008, 2009 kes-kes rasuah didapati semakin menurun.

 Bagaimanapun cara yang boleh mengundang kepada gejala rasuah seperti tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, tidak bersyukur, terikut-ikut dengan rakan sekerja, dan memburu kekayaan dengan cepat namun ianya tetap mendatangkan impak yang buruk kepada diri, agama, dan negara.  Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.  Kepada umat Islam, ketahuilah bahawa rasuah adalah HARAM disisi agama.  Ianya boleh dibuktikan menerusi dalil qat’ie yang berlandaskan Al-Quran, As-sunnah, dan ijmak para ulama’.  Firman Allah S..W.T bersabda dalam surah (Al-Baqarah: 188) yang bermaksud:

 “Antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Firman Allah S.W.T dalam surah (Al-Maidah :42) juga bersabda yang membawa maksud:

 “Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).  Oleh itu, kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakannmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berlaku adil’.

 Dalam pada itu, jika berterusan gejala rasuah maka dikhuatiri akan mengancam kestabilan dari aspek politik, ekonomi, dan keselamatan negara.  Maka besarlah peluang golongan-golongan tak berakal ini untuk merompak harta rakyat dan semakin pintarlah golongan ini melepaskan diri untuk disabitkan dari kesalahan jenayah.  Kepada para pembaca hukuman yang akan dikenakan jika disabitkan dengan kesalahan jenayah rasuah ialah:

“Mengikut Seksyen 24 (1) Akta SPRM 2009 mereka yang disabitkan kesalahan jenayah rasuah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau sepuluh ribu ringgit mengikut mana-mana yang lebih tinggi.”

 Oleh itu, penulis ingin berpesan kepada diri dan juga kepada golongan pembaca agar meningkatkan keimanan dan mengukuhkan kefahaman terhadap agama, agar virus ini tidak melekat kepada kita.  Kepada penjawat awam, fahamilah, renungilah, dan hayatilah bahawa virus ini adalah virus pemusnah.  Janganlah kita mudah termakan dengan janji manis dan hasutan yang diberikan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.  Adalah menjadi harapan kita semua untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing dan bebas dari segala ancaman dalam dan luar negara.  Ayuhlah kita berganding bahu bersama-sama MENOLAK RASUAH!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: